Pembongkaran Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini - Sheikh Imran Husein

Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan mengadakan ceramah berkaitan Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini pada 18 NOV 2011 (JUMAAT) di Dewan Auditorium MTNP selepas Maghrib.


Ceramah akan disampaikan oleh tokoh pembongkar konspirasi akhir zaman terkenal, Sheikh Imran Husein dari Trinidad. Beliau dilahirkan di sebuah pulau yang sering diangkat ke layar perak Hollywood iaitu Pulau Caribbean. Kini berumur 69 tahun. Berkelulusan daripada Univ Karachi, India dan Univ Al-Azhar, Mesir.


Beliau pernah bekerja dengan Kementerian Hubungan Luar Trinidad sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar Negara.



Kemudian, beliau beberapa kali memegang jawatan penting dalam badan-badan bebas di peringkat antarabangsa antaranya Pengarah Pengajian Islam bagi  Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. Beliau juga turut menyertai banyak sesi-sesi pendebatan antara agama sebagai mewakili penganut Islam di USA. Di samping itu, beliau pernah menjadi imam di Masjid Dar al-Quran di Long Island, NY.

Beliau telah menulis lebih dari sedozen buku dengan pelbagai tajuk antaranya 'Jerusalem in the Qur'an - An Islamic View of the Destiny of Jerusalem'. Buku ini telah menjadi buku bestseller dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lantas disebarkan untuk bacaan ramai.



Sesungguhnya kehadiran beliau ke MTNP menjadi satu peluang berharga untuk kita ketahui rahsia-rahsia konspirasi akhir zaman memandangkan beliau turut pakar dalam bidang ekonomi dan konspirasi-konspirasi akhir zaman. Sesiapa yang berkelapangan, terutama mereka yang berdekatan Kuantan juga dijemput hadir merebut buah ilmu daripada beliau. 18 Nov 2011, Jumaat, selepas Maghrib di Dewan Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam