Ulamak sejak zaman-berzaman telah lama memperjuangkan penentangan terhadap konsep sekularism. Barah sekularism yang menular dalam minda umat Islam ini telah ditanam oleh para penjajah, tidak kira penjajah Inggeris, Perancis mahupun lain-lain. Di Tanah Melayu, sekularism mula bertapak apabila Perjanjian Pangkor termeterai. Perjanjian ini menetapkan bahawa urusan negeri diserahkan kepada 'penasihat British', manakala kuasa Sultan terhad pada urusan agama Islam dan adat resam Melayu sahaja. Di satu sudut, kita nampak bahawa penjajah ini bermurah hati kerana membantu rakyat membentuk pentadbiran yang efisien tanpa mereka campur tangan dalam urusan agama kita. Tetapi dari sudut yang lain, perjanjian ini menatijahkan Islam dipinggirkan dalam proses membangunkan tamadun Melayu. Usaha menentang sekularism ini dijalankan oleh para pejuang yang turut disertai bahkan kadang-kadang dipimpin oleh ulamak Islam seperti Dato' Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahm
Ulasan