Catatan

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Imej
Apabila mahu membeli kereta melalui iklan yang disiarkan di akhbar, atau di mana-mana, kita sewajarnya menentukan penjual kereta itu tulen atau sebaliknya kerana ada penjual kereta terpakai menyiarkan iklan seolah-olah merekalah pemilik sebenar kereta berkenaan bagi menambah keyakinan pembeli bahawa mereka sebenarnya berurusan langsung dengan pemilik. Ketika membuat panggilan telefon untuk bertanya mengenai kereta yang diiklankan itu, kita harus bijak supaya tidak terpedaya dengan orang yang menjawab panggilan. Seboleh-bolehnya tegas tetapi bukan kasar ketika bercakap. Jika berasa sangsi, mungkin kerana pelbagai helah diberi, sebaiknya hentikan urus niaga itu, jangan membuang masa. Antara tips membeli kereta adalah: 1. Jangan beli keta yg sudah modified termasuk - lowered - sport rim yg terlalu besar dan bukan original - dashboard yg berlubang2 akibat pasang meter aksesori atau speaker - tinted terlalu gelap - warna asal sudah ditukar - enjin asal sudah ditukar termasuk turbo 2.

Pengambilan Baru Pelajar Malaysia UIM 1432/1433H

Imej
Alhamdulillah...Dengan berkat kesabaran semua akhirnya Pihak Universiti Islam Madinah telah mengumumkan senarai pegambilan PElajar Baru Uni. Islam Madinah sesi 2011/2012...Berikut adalah senarai nama Pelajar Baru bagi Negara Malaysia: 1 MUAMAR BIN MD ZIZIT معمر بن مد زيزيت 2 LOKMAN HAKIM BIN ABU BAKAR لقمان حكيم بن أبو بكر

6 tip Terbaik Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

1. Membeli rumah buat kali pertama adalah satu saat terindah pada diri kita. Ketika itu mungkin anda mencari dan menunggu harga hartanah jatuh keparas yang rendah sebelum kadar faedah pinjaman bank mula kembali naik dan sekaligus memusnahkan impian anda untuk membuat pinjaman. Bagaimana memilih pinjaman? bergantung pada saiz deposit yang anda peruntukkan. Jika cukup besar saiz deposit anda maka boleh la anda memilih kadar pinjaman tetap (fixed rate) semasa kadar faedah kita sedang rendah. Jika deposit anda kurang, nasihat saya pergi ke pinjaman mengikut BLR. Kenapa? Kepada pendeposit besar. Tindakan ini menunjukkan mereka benar-benar ingin tinggal dirumah tersebut buat tempoh masa yang lama. kebanyakkan pelabur amat suka memilih pakej BLR untuk pinjaman hartanah mereka. Tetapi ini tidak bermakna semua orang yang ambil BLR adalah pelabur, Mungkin buat masa ini belum cukup deposit, tetapi tidak mengapa perlahan-lahan lah. 2. Buat kali pertama, Mungkin anda rasakan anda mampu dan gaji an

Puasa 6 Sekali Dengan Qada'

Imej
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka. Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan. Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim) Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang mela

Sinar Perubahan

Imej
"Apa tujuan kita menutup aurat, Ustazah?" Pertanyaanku secara tiba-tiba itu memecah sepi yang sebelum ini menyelubungi Kelas Tiga Abi Daud. Ternyata soalan 'cepumas' itu berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekelasku yang sebelum ini pasif mendengar penjelasan Ustazah Ruqayyah tentang kepentingan menutup aurat. Masing-masing cuba memberi pendapat mereka. Ustazah Ruqayyah cuba menenangkan suasana kelas yang tiba-tiba riuh itu sambil melemparkan pandangan keluar. Pagi tadi, dia ada terdengar kemungkinan ada pemantau daripada Jabatan Pelajaran Johor akan ke sekolah ini. Takut juga dia kalau-kalau pemantau itu sudah tiba dan sedang melawat kelas-kelas di sekolah ini. Kelas yang bising ini pastinya akan meninggalkan imej yang kurang baik kepada pemantau tersebut. "Tolong diam semua!"  Ustazah Ruqayyah meninggikan sedikit suaranya. Para pelajar kembali menumpukan perhatian. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin mendengar jawapan yang akan keluar daripada mul

Hikmah Puasa 6 di Bulan Syawal

Imej
“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim Mengapa dikatakan begitu? Ini kerana, orang yang melakukan 1 kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang semisal. Berpuasa selama 1 bulan di bulan Ramadhan bererti puasanya adalah semisal dengan puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal pula semisal dengan 60 hari (2 bulan) berpuasa. Oleh sebab itulah, mereka yang berpuasa 1 bulan di bulan Ramadhan, kemudian berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal akan mendapat pahala puasa seperti setahun penuh. Subhanallah. “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai,…” – Hadith Riwayat Tirmidzi Seperti yang kita tahu, puasa juga adalah perisai seorang muslim dari maksiat semasa dia di dunia, dan merupakan perisainya dari api neraka di akhirat nanti. Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal; Pelengkap dari puasa Ram