Antara perkara yg membantutkan niat seseorang untuk menulis adalah tidak tahu mahu memulakan muqaddimah atau pendahuluan itu. Ideanya sudah ada tetapi untuk membangkitkan isu itu menjadi satu cabaran yang besar untuk penulis. Baru-baru ini, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan bersama bekas YDP MPP USIM, ustaz Hariri bin Daud. Ustaz Hariri selalu menulis dan tulisannya selalu sahaja dipaparkan di surat khabar. Kagum dengan kemampuan ustaz Hariri, tetapi yg lebih menjadi perhatian adalah bagaimana ustaz Hariri boleh segagah itu untuk menulis dan terus menulis, sedangkan kami masih kebuntuan mencari ayat pendahuluan yang terbaik setiap kali mahu mula menulis. Untuk menulis, keazaman yang jitu perlu wujud. Tidak cukup sekadar hangat-hangat tahi ayam. Momentum perlu dibina agar kita tidak terhenti setakat satu dan dua tulisan. Penulis juga perlu mempunyai teknik agar idea yang ingin disampaikan jelas difahami oleh pembaca. Tidak merelet-relet lari daripada tajuk. Memperkenalkan KJ Meth