Catatan

Khabarkan Padaku Tentang Islam

Khabarkan padaku, Bagaimana menjadi muslim tanpa solat? Bagaimana menjadi muslim tanpa puasa, haji dan zakat? Bagaimana menjadi hamba Allah TANPA TAAT? Penyerahan diri ini, Menuntut seribu kewajipan, Yang tak akan mampu ditunai, Kecuali dengan penuh keikhlasan. Ikhlas menjadi muslim. Bukan kerana warisan ibu ayah, Bukan jua kerana diikat adat masyarakat, Bukan kerana apa-apa, Tetapi kerana pasak kefahaman yang kukuh. Yang tak mudah runtuh, tetap kukuh dalam tubuh. Islam itu haq! Islam itu benar! Nyatakan kebenaran mu itu. Syahadah itulah kesaksianmu, bahawa... La ilaha illa allah! muhammadur rasulullah! Tiada tuhan yang PATUT DISEMBAH melainkan Allah, dan nabi muhammad itu utusan Allah. Kesaksianmu itu manifestasi keyakinan, keyakinan yang tidak ada ragu padanya, walau sekelumit atau lebih kecil daripada itu. Barulah absah di sisi Tuhan kesaksianmu itu. Jika tidak, Khabarkan padaku, Apalah erti islammu itu. Ashraf Misran 26.12.2013, Jengka.

Aris Ariwatan - Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu Kau tempat ku berpayung Di manakah lagi dapat ku rebahkan Rasa gundah ini Nun Kau teguh di sana Pengasih dan penyayang Pun ku masih terleka Meneguk ihsanMu Walau ku sedari Oh... nyamannya Bila diperlukan rinduMu Mengimbaulah sentosa Bentangkan ku permaidani Dari baldu berwarna putih Moga tak ku terasakan Cubaan yang ku galas ini Kepada Mu titianku Hijrahkanlah diri ini ––––––––––––––––––––––––– Entahlah apa yang aku rasa malam ni. Selepas balik dari Kuliah maghrib di Masjid Lama Rantau Perintis, aku rasa banyaknya dosa yang aku buat. Sampai di rumah, aku belek satu buku berkaitan ekonomi Islam. Tiada mood. Mungkin hati aku memberontak minta diisi. Sudah lama aku tak isi hati aku dengan peringatan-peringatan. Aku lebih suka memberi makan pada aqal dan minda, hinggakan jiwa tak terisi. Aku sedar hati aku terasa kosong. Tapi entah kenapa macam tiada usaha untuk aku imbangi antara makanan akal dan makanan rohani. Malam ni, aku pasang lagu-lagu yang ada dalam iPad a

Kad SPMM: Potongan Harga Barangan Optometrik

Imej
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM telah mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Kad Sahabat SPMM. Kad ini mempunyai pelbagai faedah antaranya potongan harga bagi barangan terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar sebagai Sahabat SPMM dan dapatkan Kad Sahabat dengan harga RM3.  Jumpa di booth SPMM pada C-fest esok.

KJ Method: Teknik Penulisan Moden

Imej
Antara perkara yg membantutkan niat seseorang untuk menulis adalah tidak tahu mahu memulakan muqaddimah atau pendahuluan itu. Ideanya sudah ada tetapi untuk membangkitkan isu itu menjadi satu cabaran yang besar untuk penulis. Baru-baru ini, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan bersama bekas YDP MPP USIM, ustaz Hariri bin Daud. Ustaz Hariri selalu menulis dan tulisannya selalu sahaja dipaparkan di surat khabar. Kagum dengan kemampuan ustaz Hariri, tetapi yg lebih menjadi perhatian adalah bagaimana ustaz Hariri boleh segagah itu untuk menulis dan terus menulis, sedangkan kami masih kebuntuan mencari ayat pendahuluan yang terbaik setiap kali mahu mula menulis. Untuk menulis, keazaman yang jitu perlu wujud. Tidak cukup sekadar hangat-hangat tahi ayam. Momentum perlu dibina agar kita tidak terhenti setakat satu dan dua tulisan. Penulis juga perlu mempunyai teknik agar idea yang ingin disampaikan jelas difahami oleh pembaca. Tidak merelet-relet lari daripada tajuk. Memperkenalkan KJ Meth