Catatan

Lamanya! Apa nak buat lama sangat?

Imej
LAMA ATAU SEKEJAP? Hidup ini tak lama, isilah ia dengan kebaikan. "60 tahun tak lama ke?", mula la ada orang pertikai. "Zaman muda sekali je... enjoy la...". Lama atau sebentar itu adalah sesuatu yang bersifat nisbi. Kalau makan nasik lemak ambik masa sejam, ianya dikira 'lama'. Tetapi kalau melancong ke Jepun dalam masa sehari, ianya dikira 'sebentar' atau 'sekejap'. Orang yang hatinya dipenuhi cahaya iman, akan lihat kehidupan di dunia ni sekejap sahaja. Sebab apa? Sebab mereka menisbikan / menyandarkan / membandingkan kehidupan di dunia ini dengan kehidupan di akhirat. Tapi kalau mereka yang cintakan dunia, kehidupan di dunia ini dirasakan lama dan seolah-olahnya kekal selamanya. Maka mereka pun menikmati dunia ini sepuasnya, dengan menyangka bahawa masih sempat untuk bertaubat sebelum mati... KERANA disangka nyawanya masih lama boleh bertahan. Cintakan dunia IBU kepada semua kerosakan. (Hadith) P/s: Jika kita rasakan solat

Rezeki : Nikmatkah atau Istidraj?

Imej
Rezeki adalah 'apa yang memberi manfaat kepada kita'. Kalau ikur puak mu'tazilah, rezeki adalah apa yang kita miliki. Kadang2 kita jangka sesuatu itu milik kita maka ia rezeki kita. Tapi kita tersilap, manfaat harta milik kita itu dinikmati oleh orang lain. Mungkin kita jangka makanan itu rezeki kita, lalu kita pun tadah dan tatkala nak disuap tertumpahlah ia, maka ia menjadi rezeki ayam. Kadang2, dah suap, tak dapat masuk perut sebab sangkut kat anak tekak lalu tersedak, maka bukan juga rezeki kita. Kadang2, dah telan, masuk perut pun. Tetiba, rasa muak lalu termuntah. Perut kosong semula. Bukan juga rezeki kita. Jadi, contoh-contoh ini menolak takrif mu'tazilah tadi. Sebenarnya, diri ini rasa banyak sangat nikmat yang ALLAH bagi. Dari lahir sehingga ke saat ini, terasa sangat bertuah. Hidup dalam keluarga yang agak senang, dilayan sebagai seorang manusia, kadang-kadang dijulang-julang. Adakah ini memang ALLAH nak kurniakan kepada diri atau ALLAH nak lekakan

Gunakan Lafaz "Salam"?

Assalamualaikum... Ada sahabat bertanya, "betul ke tak boleh beri salam dengan 'salam' sahaja? sebab bawa maksud yang tak baik." Beliau berdalilkan ayat وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما...  yang bermaksud, "dan apabila orang jahil berkata2 dengannya, maka mereka berkata "salam"..." Iye ke macam tu..? Ditambah lagi katanya ada ustaz terkenal kata macam tu. Kata ustaz tu, lafaz salam tu memberi penghinaan kepada orang jahil itu... Jadi saya tertanya-tanya adakah lafaz ma'rifah (dengan alif lam) berbeza makna dengan lafaz nakirah (tanpa alif lam) ? Sepanjang saya belajar ilmu bahasa arab dari segi nahu, sorof dan balaghah, tiada perbahasan semacam itu. Yang ada hanyalah berbeza maksud dengan sebab beza baris, tambah huruf atau kurangkan huruf. Kalau tambah alif dan lam, tidak dikira sebab fungsi alif lam hanyalah untuk me-ma'rifah-kan lafaz nakirah. Siapa boleh jawab tolong jawab? Lagipun bukan ke ada ayat quran kata: وتحيتهم فيها

Kalut Sangat!

Imej
Cepat2...! Siapa lambat tak dapat! Berbondong-bondong manusia 'melawat' pasaraya-pasaraya setiap kali ada sale, terutamanya kaum wanita. Maka, sang suami pun terpaksalah menuruti langkah para isteri membeli-belah. Anak-anak pun seolah-olah hilang tali untuk bergantung,dek sebab ibunya sedang sibuk membeli-belah. Year-End-Sale (YES) kembali lagi. Gudang-gudang perabot dan pakaian serta pasaraya-pasaraya mula menurunkan harga untuk menghabiskan stok tahun ini. Maka terpampanglah di surat khabar, tv, dan merata-merata tentang penurunan harga ini. Manusia mula berebut-rebut. Untuk memastikan tidak kelewatan. Jika tidak, kerugian nanti. Teingat saya ketika di sepuluh hari terakhir Ramadhan yang lalu, begitulah suasananya. Masjid-masjid kian kosong. Manusia berebut-rebut ke pasaraya. Mengapa ya? Tidakkah mereka dapat melihat ganjaran pahala? Apa yang nampak adalah turun harga, 70%, 80%, 90%. Mujur tiada diskaun 100% (kalau ada, beritahu saya di mana..hehe.) Sedangkan se

Dahsyatnya Qiamullail: Tips Bangun Malam

Imej
Saya sekarang sedang menyiapkan tesis bagi mendapat sijil Diploma. Tajuknya adalah berkaitan keperibadian pendakwah. Antara sifat pendakwah adalah rajin bangun malam. Untuk itu, saya ingin mengajak semua rakan dakwah untuk melazimi diri dengan ibadah ini. Memandangkan ianya adalah satu perkara yang berat, maka saya ingin berkongsi tips-tips bangun malam untuk beribadah. Tips-tips ini mengambil kira aspek persediaan jasmani dan rohani: ________________________ Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:   1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.   2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemput

Penjelasan tentang BIDAAH dan permasalahannya oleh Ustaz Azhar Idrus

Imej
Assalamualaikum Warahmatullah. PENDAHULUAN Permasalah bidaah-membidaah dan sesat-menyesatkan di dalam masyarakat Islam kini amatlah parah dan berbahaya sekali. Masalah seperti ini timbul semula dengan membawakan kembali persoalan-persoalan khilafiyah yang telah sekian lama dibahaskan dan diselesaikan oleh para ulama muktabar terdahulu. Golongan yang sewenang-wenangnya membidaah ini cuba menafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi. Maka kucar-kacirlah masyarakat Islam dengan pembawakan golongan ini yang kononnya berjuang untuk membersihkan perkara-perkara bidaah. Keadaan menjadi semakin parah apabila isu ini dipandang sebagai isu besar yang perlu diperdebatkan sehingga mereka lupa dan alpa akan isu-isu yang lebih besar untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Ini semua berpunca daripada kesalahan mereka dalam memahami maksud bidaah sesat dalam ertikata yang sebenarnya. Semoga ula

Kisah Malam Pertama, yang Dahsyat!

Assalamualaikum Untuk semua , Pada suatu masa kita pasti di risik Pertunangan sejak azali Di hujung hidup nanti Berlangsungnya perkahwinan dengan maut Hantarannya sakit dan nazak Tamu bertandang menghadiahkan esok tangisan Pengantin di mandikan Di pakaikan baju yang cantik putih bersih Wangian gaharu dan cendana Keranda di jadi kan pelamin Pengantin bersanding sendirian Di arak keliling kampung Berkompangkan azan dan kalimah kudus Akad nikahnya bacaan talkin Berwalikan liang lahad Bersaksikan batu-batu nisan Siraman air mawar Keluarga terdekat menepung tawar Tiba masa pengantin menunggu sendirian Malam pertama bersama kekasih Di kamar bertilamkan tanah Dan dia menuntut janji Sucikah kita tatkala berpadu? Pernahkah taubat sepanjang hayat? Engkau terkubur bersama dosa-dosa Dan dia kekasih itu ..menetap kan diri mu ke syurga Atau melemparkan dirimu ke neraka

Iklan: Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2012

Imej
Untuk makluman, Permohonan atas talian (ONLINE) dibuka bermula hari ini, 17-27 November 2011. Sebarang pertanyaan sila hubungi : TEL : 09-534 3333 Perhatian kepada PEMOHON. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar dan disahkan :- i. Salinan keputusan Peperiksaan UPSR & Peperiksaan lain yang berkaitan ii.Salinan Kad Pengenalan PEMOHON, BAPA/PENJAGA & IBU iii.Salinan sijil kelahiran PEMOHON, BAPA/PENJAGA & IBU iv.Salinan SLIP GAJI/PENYATA PENDAPATAN BAPA/PENJAGA & IBU v. Gambar berukuran PASPORT Untuk permohonan, daftar online di laman web rasmi MTNP.

Lirik: Ukhuwwah Fillah

Imej
Kau tempuhi ranjau perjuangan Kau hadapi dengan penuh tabah Namun hati dibalut kesunyian Keseorangan meniti haluan Ooooo..... Kerana cintakan Yang Esa Kini kita dipertemukan Pautan kasih dalam rahmat-Nya Tersimpul indah persahabatan ini Kadang terguris tika bersama Mengajar erti sebuah persahabatan Mengenal makna menyemai ukhuwwah Pahit dan manis dirasa bersama #: 'Kan terbinalah ukhuwah fillah Pabila iman subur di jiwa Iringan doa dan harapan Bekalan meraih cinta hakiki Oh indahnya pabila semua kerana-Nya Hanya takdir bisa menentukan Jalinan ini apa 'kan terhenti Namun hakikat pada-Mu Tuhan Moga dikekalkan ukhuwwah fillah Agar bersemi selamanya Agar bersemi... selamanya.

Teka-teki Matematik : Tempoh Kelajuan

Imej
ALLAH telah mengurniakan akal kepada manusia. Akal perlu dijaga sebagaimana agama, nyawa, harta dan keturunan perlu dijaga. Di sini saya ingin mengajak sahabat semua untuk mengasah akal sebentar. Otak yang cergas melahirkan idea yang bernas :) SOALANNYA: Seorang lelaki memandu dengan kelajuan 90Km/j. Apabila menyedari dia kelewatan, dia memecut dengan kelajuan 110Km/j. Dia tiba di lokasi selepas 4 jam perjalanan. Jarak perjalanan yang ditempuh ialah 395Km/j. Persoalannya, berapa tempoh masa dia memandu dengan kelajuan 90Km/j dan berapa pula tempoh masa dia memandu dengan kelajuan 110Km/j? ---------------------------- P/s: Jawapan yang betul tidak dijanjikan hadiah. :)

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Imej
Ustaz Azhar Idrus. Sesiapa yang tak kenal nama ni, maknanya dia bukan kaki kuliah atau paling koman pun boleh kata dia tu tak tahu perkembangan semasa. Ustaz Azhar Idrus ni saya kenal waktu semester 1, waktu tu belum menjadi fenomena lagi. Ketika itu, Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI terkenal di sekitar Terengganu dan Kuantan sahaja. Saya belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang terletak di Kuantan. Kuliah rakaman pertama beliau yang saya tonton diadakan di Balok. Video tu senior saya yang pasang. Dia berkesempatan hadir kuliah UAI beberapa kali sebelum itu. Rasa kagum dengan UAI ini sejak kuliah pertama beliau, beliau sangat santai dan penjelasannya difahami. Kuliah beliau memuaskan hati hampir semua golongan samada ahli ilmu atau orang awam, orang tua atau muda, lelaki atau perempuan. Kadang-kadang UAI menyelitkan lawak2 bersahaja. Ramai yang menyangka bahawa UAI ini lepasan pondok, rupanya sangkaan itu meleset. Saya pernah tonton video sejarah hidup UAI. UAI pernah mengajar be

Pembongkaran Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini - Sheikh Imran Husein

Imej
Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan mengadakan ceramah berkaitan  Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini pada 18 NOV 2011 (JUMAAT)  di Dewan Auditorium MTNP selepas Maghrib. Ceramah akan disampaikan oleh tokoh pembongkar konspirasi akhir zaman terkenal, Sheikh Imran Husein dari Trinidad. Beliau dilahirkan di sebuah pulau yang sering diangkat ke layar perak Hollywood iaitu Pulau Caribbean. Kini berumur 69 tahun. Berkelulusan daripada Univ Karachi, India dan Univ Al-Azhar, Mesir. Beliau pernah bekerja dengan Kementerian Hubungan Luar Trinidad sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar Negara. Kemudian, beliau beberapa kali memegang jawatan penting dalam badan-badan bebas di peringkat antarabangsa antaranya Pengarah Pengajian Islam bagi    Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. Beliau juga turut menyertai banyak sesi-sesi pendebatan antara agama sebagai mewakili penganut Islam di USA. Di samping itu, beliau pernah menjadi imam di Masjid Dar al-Quran  di Long Island, NY.

Peluang Belajar di Saudi dalam bidang profesional dan agama

Imej
Logo Univ Imam Muhammad Hari ini Maahad Tahfiz Negeri Pahang didatangi oleh tetamu istimewa dari Saudi Arabia, salah seorang rektor Univ Imam Muhammad, Prof Sulaiman. Beliau dalam rangka kerja menghadiri Konvensyen Pengajian Islam Tinggi Antarabangsa di Kompleks Yayasan Pahang. Sempena itu, Maahad Tahfiz berbesar hati menjemput beliau untuk mempromosikan Univ Imam Muhammad kepada para pelajar. Universiti Imam Muhammad terletak di Riyadh, ibu negara bagi Saudi. Ianya menyediakan pengajian di bidang agama dan pengajian bidang profesional kepada semua pelajar dari semua negara kecuali dalam bidag perubatan. Bidang perubatan hanya untuk pelajar tempatan Saudi. Semua pelajar automatik mendapat biasiswa kerajaan Saudi sebagaimana yang ditawarkan oleh mana-mana universiti di Saudi. Saudi merupakan satu-satunya negara yang menawarkan biasiswa kepada semua pelajar tempatan dan pelajar dari luar Saudi. Butiran bantuan biasiswa adalah seperti berikut: Elaun bulanan bernilai RS1000. RS1

Sembelihan Cara Islam - Kenapa Industri Halal Mendapat Sambutan Daripada Non-Muslim?

Imej
"Saya mohon Dr mengutarakan kelebihan sembelihan cara Islam sempena ibadah qurban yang baru kita jalani beberapa hari lepas, kerana hari ini kita dapat lihat industri halal semakin mendapat sambutan dari non-Muslim. Apa hebatnya sembelihan cara Islam?" soal saya kepada Dr. Danial Zainal Abidin pada sesi soal jawab dalam program Dirayah Al-Quran II di Maahad Tahfiz Negeri Pahang kelmarin. _________________________________________________ Pernahkah anda saksikan lembu, kerbau, unta atau kambing disembelih? Alhamdulillah saya pernah saksikan sendiri beberapa kali, dan insya-ALLAH jika ALLAH izinkan saya memasang azam untuk menyembelih sendiri suatu hari nanti. Paling tidak pun seekor kambing. :) Bilakah masanya hamba mampu lakukannya sendiri? Rabu lepas, Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menganjurkan program Gotong-royong Qurban Perdana 1432H. 4 ekor lembu telah ditumbangkan - cukuplah dengan bilangan pelajar yang tidak berapa ramai. Program ini sedikit sebanya

Uwais Al-Qarni, Menjadi Sebutan Penduduk Langit

Imej
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan. Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya. Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Saya Malu Nak Jadi Baik

Imej
"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor," "Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit," "Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila a

Cabaran Menulis

Imej
Ada seseorang mencadangkan saya menulis untuk cari side income. Tulis cerpen, puisi atau sebarang karya tulisan dan hantarkan kepada DBP untuk dapat royalti... Masalahnya, diri ini tidak punya semangat yang kuat untuk jadi penulis hebat. Memang ada cita-cita ingin jadi penulis hebat, di samping dapat menyampaikan sesuatu yang bersarang dalam kepala. Kadang-kadang pernah cuba untuk menulis, tapi biasanya hangat-hangat tahi ayam. Selepas tulis satu entri, tak tulis dah entri lain... :-P Bilakah agaknya saya dapat semangat untuk menulis? Harapnya galakan tadi menjadi sedikit sebanyak penyuntik semangat. Terima kasih bagi semangat... :) Azam! Akan semakin aktif menulis. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Binaan yang hebat bermula dengan seketul bata!

Huffaz Voice - Laungan Jihad

Imej
Dilarik tembok besar China Hadir segerombolan perwira Putera puteri bersatu tenaga Menghadapi musuh yang durjana Merentasi denai dan muara Bertunjangkan azam yang membara Usaha jaya disemai di jiwa Kelak hidup kita diredhai-Nya Maruah Islam harus dibela Tatkala sinarnya meniti usia Janji Tuhan pasti terlaksana Menanti insan berdarjat mulia Laungan syahadah bergema membakar semangat jihad Berjihad membawa risalah yang amat bermakna Jalinkan ukhuwwah sesama insan dan seagama Agar syiar Islam dijulang di serata dunia Marilah bersama berganding tenaga Membasmi segala sifat yang tercela Ingatlah bahawa Tuhan menjanjikan Ingatlah bahawa Tuhan menjanjikan Islam pasti jaya Islam pasti jaya Islam pasti… Islam pasti… Islam pasti… Jaya

صلوات بدر العين

Imej
صلى لله على محمد صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم يا آل بيت رسول الله حبوكمو فرض من الله في القرآن أنزله يكفيكمو من عظيم الفخر أنكمو من لم يصل عليه لا صلاة له رسول الله... يا من تعزز بالدنيا وزينتها الدهر يأتي على المبني والباني فمن يكن عزه الدننيا وزينتها فعزه عن قليل زائل فان يا من تعزز بالدنيا وزينتها الدهر يأتي على المبني والباني فاعلم بأن كنوز الأرض من ذهب فاجعل كنوزك من بر وإحسان صلوا على خير العباد لتبلغوا نيل المراد صلوا على حبيبنا المصطفى

Komik: Allah Maha Hebat

Imej

Kesan Handphone Pada Otak!

Imej
Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia. Mungkin kita dah sering kali dengar tentang bahaya telefon bimbit pada manusia, bagaimanapun hari adalah sesi refresh ingatan kita..