Kewangan Islam: Sensitiviti Umat Islam di Tahap Mana?
Kekeliruan masharakat terhadap industri kewangan dan perbankan Islam tidak hanya melanda golongan bukan Islam, sebaliknya turut melanda umat Islam. Tidak hanya orang-orang kampung, bahkan golongan terpelajar, golongan elit, pemegang PhD dan master, mahupun profesor di Universiti turut menghadapi masalah yang sama iaitu gagal memahami kewangan Islam dengan baik. Persoalan atau isu terbesar yang wujud adalah dakwaan mereka bahawa perbankan Islam adalah sama dengan perbankan konvensional. Dakwaan ini turut ditambah dengan tuduhan bahawa bank-bank Islam tidak melakukan apa-apa perubahan dari bank konvensional melainkan menjenamakan produk bank dengan nama-nama yang lebih berbunyi Arab. Masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal memahami keperluan kewujudan bank-bank Islam dalam sistem ekonomi negara. Penubuhan bank bagi mereka adalah haram dan tidak syarie, jadi pergilah pada mana-mana bank sekali pun tetap sama dan tiada beza. Kesannya, mereka memilih untuk ke bank ko