Catatan

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Imej
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu. SESIAPA sahaja yang ALLAH inginkan kebaikan padanya, PASTI akan diberi faham akan agama. (Hadith Muttafaq 'Alaih) Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..." Kenapa ada lafaz "je"?? Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa renda

Menggapai Syurga Dunia

Carilah syurga dunia. Barangsiapa mendapat syurga dunia, besar harapannya untuk mendapatkan syurga akhirat. Benar! Di dunia lagi sudah ada syurga. Syurga ini ALLAH segerakan di dunia lagi. Dan syurga ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang mukmin. Apakah syurga itu? Syurga itu ada dalam diri manusia. Syurga itu adalah KETENANGAN. Ketenangan jiwa adalah impian semua manusia. Baik orang tua, muda, kaya, miskin, di desa, di kota, lelaki mahupun perempuan, semuanya inginkan ketenangan jiwa. Kekayaan? Tidak... Tidak semua orang sukakan kekayaan, apatah lagi kemiskinan dan kepapaan. Ada orang yang tidak inginkan kekayaan pun. Contohnya Abdul Rahman bin Auf R.H. Beliau tidak inginkan kekayaan, tetapi kekayaan itu yang inginkan beliau. Beliau rasa gerun dengan kekayaan yang ada di tangannya, kerana nabi pernah memberitahu bahawa orang kaya = lama masa penghitungannya di akhirat nanti. Jarak masa antara orang kaya dan miskin adalah setengah hari akhirat. Berapa lama tu? Satu hari akh

Kisah Ahli Ibadah Yang Tertipu

Imej
Jom pelihara iman kita. Iman kita adalah tiket terakhir untuk masuk syurga. Takde iman, maka tiadalah syurga untuk kita. Ada orang beramal banyak, solat banyak, puasa banyak, tapi iman tipis seperti kulit bawang. Orang macam ni, kalau diuji ALLAH, anytime boleh kufur samada dalam sedar atau tidak. Antara cara menjaga iman adalah dengan menambah ilmu dan membina jaringan. Jaringan ukhuwah persaudaraan Islam dapat membantu kita memelihara iman kita. _______________________________________ Ingat tak kisah tentang seorang ahli ibadah, yang diuji ALLAH. Suatu hari, Allah izinkan syaitan menghasut beliau. Beliau sentiasa di tikar sembahyangnya. Ahli ibadah itu tinggal di satu kampung, dan dia masyhur dgn kebaikan dan kesolehannya. Di kampung itu juga tinggal 3 beradik - 2 abang dan 1 adik perempuan. Maka pada suatu hari, kedua-dua abang ini mahu bermusafir. Perjalanan itu mengambil masa yang panjang dan amat menyulitkan jika adik perempuannya dibawa bersama. Maka abang yang pert

Lamanya! Apa nak buat lama sangat?

Imej
LAMA ATAU SEKEJAP? Hidup ini tak lama, isilah ia dengan kebaikan. "60 tahun tak lama ke?", mula la ada orang pertikai. "Zaman muda sekali je... enjoy la...". Lama atau sebentar itu adalah sesuatu yang bersifat nisbi. Kalau makan nasik lemak ambik masa sejam, ianya dikira 'lama'. Tetapi kalau melancong ke Jepun dalam masa sehari, ianya dikira 'sebentar' atau 'sekejap'. Orang yang hatinya dipenuhi cahaya iman, akan lihat kehidupan di dunia ni sekejap sahaja. Sebab apa? Sebab mereka menisbikan / menyandarkan / membandingkan kehidupan di dunia ini dengan kehidupan di akhirat. Tapi kalau mereka yang cintakan dunia, kehidupan di dunia ini dirasakan lama dan seolah-olahnya kekal selamanya. Maka mereka pun menikmati dunia ini sepuasnya, dengan menyangka bahawa masih sempat untuk bertaubat sebelum mati... KERANA disangka nyawanya masih lama boleh bertahan. Cintakan dunia IBU kepada semua kerosakan. (Hadith) P/s: Jika kita rasakan solat

Rezeki : Nikmatkah atau Istidraj?

Imej
Rezeki adalah 'apa yang memberi manfaat kepada kita'. Kalau ikur puak mu'tazilah, rezeki adalah apa yang kita miliki. Kadang2 kita jangka sesuatu itu milik kita maka ia rezeki kita. Tapi kita tersilap, manfaat harta milik kita itu dinikmati oleh orang lain. Mungkin kita jangka makanan itu rezeki kita, lalu kita pun tadah dan tatkala nak disuap tertumpahlah ia, maka ia menjadi rezeki ayam. Kadang2, dah suap, tak dapat masuk perut sebab sangkut kat anak tekak lalu tersedak, maka bukan juga rezeki kita. Kadang2, dah telan, masuk perut pun. Tetiba, rasa muak lalu termuntah. Perut kosong semula. Bukan juga rezeki kita. Jadi, contoh-contoh ini menolak takrif mu'tazilah tadi. Sebenarnya, diri ini rasa banyak sangat nikmat yang ALLAH bagi. Dari lahir sehingga ke saat ini, terasa sangat bertuah. Hidup dalam keluarga yang agak senang, dilayan sebagai seorang manusia, kadang-kadang dijulang-julang. Adakah ini memang ALLAH nak kurniakan kepada diri atau ALLAH nak lekakan

Gunakan Lafaz "Salam"?

Assalamualaikum... Ada sahabat bertanya, "betul ke tak boleh beri salam dengan 'salam' sahaja? sebab bawa maksud yang tak baik." Beliau berdalilkan ayat وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما...  yang bermaksud, "dan apabila orang jahil berkata2 dengannya, maka mereka berkata "salam"..." Iye ke macam tu..? Ditambah lagi katanya ada ustaz terkenal kata macam tu. Kata ustaz tu, lafaz salam tu memberi penghinaan kepada orang jahil itu... Jadi saya tertanya-tanya adakah lafaz ma'rifah (dengan alif lam) berbeza makna dengan lafaz nakirah (tanpa alif lam) ? Sepanjang saya belajar ilmu bahasa arab dari segi nahu, sorof dan balaghah, tiada perbahasan semacam itu. Yang ada hanyalah berbeza maksud dengan sebab beza baris, tambah huruf atau kurangkan huruf. Kalau tambah alif dan lam, tidak dikira sebab fungsi alif lam hanyalah untuk me-ma'rifah-kan lafaz nakirah. Siapa boleh jawab tolong jawab? Lagipun bukan ke ada ayat quran kata: وتحيتهم فيها

Kalut Sangat!

Imej
Cepat2...! Siapa lambat tak dapat! Berbondong-bondong manusia 'melawat' pasaraya-pasaraya setiap kali ada sale, terutamanya kaum wanita. Maka, sang suami pun terpaksalah menuruti langkah para isteri membeli-belah. Anak-anak pun seolah-olah hilang tali untuk bergantung,dek sebab ibunya sedang sibuk membeli-belah. Year-End-Sale (YES) kembali lagi. Gudang-gudang perabot dan pakaian serta pasaraya-pasaraya mula menurunkan harga untuk menghabiskan stok tahun ini. Maka terpampanglah di surat khabar, tv, dan merata-merata tentang penurunan harga ini. Manusia mula berebut-rebut. Untuk memastikan tidak kelewatan. Jika tidak, kerugian nanti. Teingat saya ketika di sepuluh hari terakhir Ramadhan yang lalu, begitulah suasananya. Masjid-masjid kian kosong. Manusia berebut-rebut ke pasaraya. Mengapa ya? Tidakkah mereka dapat melihat ganjaran pahala? Apa yang nampak adalah turun harga, 70%, 80%, 90%. Mujur tiada diskaun 100% (kalau ada, beritahu saya di mana..hehe.) Sedangkan se